🥤 Ujian Minum Air Gula (MGTT) untuk Ibu Mengandung

Apa itu ujian minum air gula?
Ujian minum air gula atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) ialah ujian penting untuk mengesan kencing manis ketika hamil (GDM – Gestational Diabetes Mellitus).

Selepas minum air gula yang disediakan, sampel darah ibu akan diambil pada waktu tertentu untuk melihat bagaimana badan memproses gula.

Kenapa ujian ini penting?

✅ Mengesan awal risiko kencing manis ketika hamil
✅ Mencegah komplikasi kepada ibu (tekanan darah tinggi, masalah bersalin)
✅ Melindungi bayi daripada risiko bayi besar, lahir awal atau masalah pernafasan
✅ Membolehkan rawatan & pemantauan dilakukan dengan segera

Siapa perlu buat ujian ini?

📌 Ibu hamil berumur 25 tahun ke atas
📌 Ibu dengan berat badan berlebihan / obesiti
📌 Ada sejarah keluarga kencing manis
📌 Pernah lahirkan bayi besar (≥ 4kg)
📌 Ada rekod kencing manis semasa kehamilan terdahulu

Ujian MGTT di Klinik Sulaiman

✔️ Dilakukan pada usia kandungan 24 – 28 minggu (atau mengikut nasihat doktor)
✔️ Prosedur selamat & dipantau oleh doktor
✔️ Keputusan pantas & tindakan susulan diberikan jika perlu

📞 Tempah slot ujian MGTT anda di Klinik Sulaiman: 09-296 1022 / 019-323 1022 atau whatsapp >>>